Peranan Penyiaran Islam

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

TAJUK: PERANAN PENYIARAN ISLAM (KUMPULAN 4)

DTM 5C

 1. NORASYIKIN BINTI JUMAATUN              02DTM17F2009
 2.    SITI NURAISHAH BINTI ADNI                                       02DTM17F2024
 3. NUR SYAHIRA AQILAH BINTI NOR IZAM                  02DTM17F2030
 4. NUR SAHIRA AIMAA BINTI KHAIRI              02DTM17F2111




2.3 PENGENALAN PERANAN PENYIARAN ISLAM

Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik (Muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul.

Penyiaran Islam berperanan sebagai agen informasi (Musaddid), iaitu menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, tugas penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam.

Penyiaran Islam berperanan sebagai pembaharu (Mujaddid) iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam.

Penyiaran Islam berperanan sebagai penyatu (Muwahhid) yang mana harus mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu, mereka ini mampu membina kembali hubungan 
di antara kedua belah pihak yang bertelagah.

Penyiaran Islam berperanan sebagai pejuang (Mujahid) iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan media yang lain seharusnya bekerja keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.

Media berasal daripada perkataan Latin iaitu Mediare yang bermaksud  perantara atau alat perhubungan.

2.3.1 KONSEP AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

Perkataan ini berasal daripada Al-Quran dan bermaksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran . Mengajak kebaikan ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah .Konsep amar makruf dan nahi mungkar dalam penyiaran Islam banyak membantu manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan kemaslahatan.
FIRMAN allah S.W.T yang bermaksud :
dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam),dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).dan mereka yang bersifat demikiann ialah orang-orang yang Berjaya 
(Surah al imran 3.104)

Konsep ini dalam penyiaran Islam adalah gabungan hiburan dan dakwah, program-program berkonsepkan seperti ‘ Imam Muda’,’Pencetus Ummah’ dan ‘Ustaz Pilihan’ yang disiarkan. Program-program berkonsepkan seperti ‘Imam Muda’, ‘Pencetus Ummah’ dan ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di Astro Oasis menjadi pilihan popular pelbagai peringkat dengan mengaplikasikan genre dan format program realiti sebagai medium menyebarkan didikan dakwah kepada penonton.

Stesen TV Alhijrah merupakan stesen televisyen yang sesuai untuk menerapkan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Akhlak menjadi prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran yang akan melahirkan produk akhir hasil penyiaran yang berpandukan kepada doktrin amar makruf dan nahi mungkar.

Namun pada zaman kini, terdapat juga aplikasi-aplikasi secara online seperti IslamPro, Mengaji.com dan banyak lagi digunakan oleh umat Islam. Hal ini kerana penggunaan telefon pintar dan internet semakin meluas berbanding penggunaan televisyen di rumah. Penggunaan aplikasi ini juga boleh digunakan di mana-mana sahaja selain di rumah.

2.3.2  NILAI-NILAI MURNI DALAM PENYIARAN ISLAM

Media menurut Islam adalah segala perancangan perlu mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan as sunnah.

Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan kepada paradigma Tauhid, iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari daripada ajaran Tauhid dan sekali gus mengajak penonton untuk menghayati mesej yang disampaikan kerana ia dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT serta dapat menghindari daripada kemungkaran.

Selain itu, ia dapat merangkumi segala aspek kehidupan muslimin dan muslimat serta tidak hanya menyentuh kepada ibadah khusus sahaja seperti mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat fitrah dan mengerjakan haji.

Penubuhan TV Alhijrah sebenarnya telah mengangkat falsafah penyiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan as sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Selain itu, terdapat juga siaran TV yang mempunyai unsur-unsur keagamaan seperti Astro Oasis, TV1, TV9 dan juga TV3.

Terdapat beberapa contoh nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan diamalkan daripada peranan penyiaran islam ini. Antaranya ialah bijaksana ( Hikmah ) iaitu berpengetahuan yang luas dan bijaksana dalam sesuatu tindakan yang berlandaskan Al-quran dan as sunnah serta berkeupayaan membuat justifikasi atau kesimpulan dan mengemukakan bukti yang sesuai. Seterusnya, keadilan ( Adalah ) iaitu keadaan dimana sesuatu perkara yang diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariat islam. Selain itu, menahan( Iffah ) iaitu menahan dan mengawal nafsu daripada melakukan perkara – perkara yang haram dan syubhah ( ragu-ragu ), supaya sentiasa kea rah melakukan perkara yang baik serta sentiasa tunduk kepada petunjuk syariat islam. Akhir sekali, keberanian ( Syajaa`ah ) iaitu sanggup berjuang dengan penuh kesabaran untuk mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, Negara dan maruah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran, tenaga dan jiwa.

2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Manusia akan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait diantara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran.

Ia telah menjadi kewajipan sesama insan untuk saling tegur-menegur, menasihati dan saling ingat mengingati ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan atau kemungkaran.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.                                                 
                                                                                                     ( Surah Ali ‘Imran 3:104 )
2.3.4 MAKLUMAT YANG TEPAT

Penerimaan sesuatu maklumat yang disiarkan oleh media massa perlulah ditapis dan dikenal pasti kesahihan dan sumbernya untuk mengelakkan berlaku berita palsu. Adalah disarankan untuk menyiarkan maklumat yang berorientasikn ilmu dan bertujuan untuk mendidik.
“wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita, maka selidiklah kebenarannya agar kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan kamu sehingga kamu menyesal terhadap apa yang kamu lakukan.”
                                                                                                  (Surah al-Hujurat 49:6)

Setiap maklumat  yang datang kepada kita perlulah diselidik agar kebenarannya dapat dikenal pasti terlebih dahulu supaya dapat disaring oleh ilmuan atau pakar dalam sesuatu bidang. Peranan sebuah stesen televisyen Islam seperti AlHijrah bertepatan dan berlandaskan syariat Allah SWT. Program yang berbentuk dokumentari dan bual bicara Islam dapat membantu dalam memberikan kefahaman dan kebenaran Islam dengan jelas. 
Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk mengelakkan sebarang bentuk penyebaran maklumat yang boleh membawa kepada fitnah, permusuhan, pergaduhan dan seterusnya perpecahan dan huru-hara supaya dapat mengelakkan sebarang bentuk perkara atau situasi yang boleh membawa kepada perpecahan umat. Umat Islam wajib menghalusi terlebih dahulu kesahihan berita atau maklumat yang diterima sebagai langkah untuk menjauhi penyebaran fitnah. Kesahihan maklumat boleh dilakukan dengan melihat kepada fakta dan sumber berita yang sesuai. Media Islam tidak boleh menyiarkan berita-berita yang berniat buruk dan meragukan. Setiap berita yang disampaikan perlulah dipastikan sumber dan kebenaran dan kesahihannya.

2.3.5 PELBAGAI  DAN BERVARIASI
 Kini, di Malaysia sudah terdapat pelbagai cara untuk penyebaran islam melalui media berkonsepkan semata-mata untuk penyebaran Islam seperti TV Alhijrah, Astro Oasis, radio IKIM dan SALAM f.m.

 TV AlHijrah yang kini mencapai 5 tahun penyiarannya merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia yang bertujuan untuk merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran percuma seluruh negara dan menerbitkan pelbagai variasi rancangan televisyen melalui media yang berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universa.  Bagi siaran TV Alhijrah terdapat beberapa program yang disediakan seperti 30 MINIT USTAZ DON DANIYAL  (Kuliah interaktif yang akan dikendalikan oleh ustaz Don Daniyal, beliau akan mengupas topik mengenai ibadat khusus), TAMAN SYURGA HABIB ALI (Taman Syurga menampilkan Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid sebagai penyampai ilmu yang dipetik daripada kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman karangan Imam Habib Abdullah Haddad,diiringi alunan qasidah), SEMINIT JE (Satu perkongsian motivasi yang padat dan ringkas berlandaskan kepada perkara-perkara biasa yang dilakukan namun memberi impak yang besar), ASSALAMUALAIKUM (Sebuah program bual bicara yang membicarakan topik-topik terkini dan menampilkan tetamutetamu undangan dari pelbagai bidang secara santai dan bersahaja), DHUHA (Program ini memaparkan kapsul, zikir dan info berkaitan kelebihan Dhuha), THE TRUTH (Mengisahkan bumi Andalusia kegemilangan Islam. Ia merupakan salah satu lambang ketamadunan dan kemajuan umat Islam dan juga dikenali dengan pemandangan alam semualajadi yang indah), MIMBAR MUSIM 4 (Memaparkan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air.), dan KALAM HIKMAH,( Kalam Hikmah bersama Ustaz Taha Hassan Azahari yang akan mengajar ilmu tajwid dan cara bacaan ayat Al-Quran dengan sebutan dan makhraj yang tepat.).



Astro oasis yang dilancarkan pada 13 oktober 2007 di saluran 106 dengan slogan ‘Ispirasi Sanubari’ merupakan platform bagi masyarakat Islam mendapat input yang membawa kebaikan dan kedamaian . Bagi penyiaran oasis pula ada mempamerkan rancangan untuk semua peringkat umur iaitu kanak-kanak ,dewasa dan golongan senior. Antara rancangan yang disediakan adalah O Kids (Nabila Razali, Ayie, Juzzthin dan adik-adik cilik kita akan bersama-sama mempelajari tentang adab, sunnah, doa, ujikaji sains, seni pilihan dan surah yang boleh dijadikan amalan dan aktiviti harian), Tanah Kubur S11 Ep13 (Tok Adi, seorang penggali kubur dan pengurus mayat berhadapan dengan pelbagai situasi dari mula dia menguruskan jenazah hingga selesai pengkebumian) , Go Shop (Rancangan yang memberi informasi mengenai pelbagai produk yang boleh didapati di Go Shop ) , Kisah Omar & Hana ( Mari sertai Omar & Hana bersama keluarga dan rakan-rakan belajar nilai-nilai Islam melalui lagu-lagu dan kisah-kisah Islamik Alhamdulillah).
 Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Radio IKIM (dahulu dikenali sebagai IKIM.fm) merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Radio IKIM merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. Radio IKIM telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001.Radio IKIM dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. Radio IKIM juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, Betong, Narathiwat dan Pattani). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. Radio IKIM juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.Sekitar 95% program Radio IKIM dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.Perkara yang sering dibincangkan di dalam radio tersebut adalah Islam dan Perundangan,Islam Itu Indah,Tahsinul Ibadah(rukun-rukun solat),Tarbiah dan Agama dan Peradaban .


KESIMPULAN
Hasil daripada rancaganrancangan ajaran islam pada keseluruhannya bukan sahaja meninggalkan implikasi yang negatif bahkan terdapat juga peroleh implikasi yang positif . Ini berikutan daripada munculnya rancangan-rancangan realiti yang berbentuk kesedaran dan memberi manfaat kepada penonton dan pendengar sehingga mampu membuka ruang lingkup mereka untuk berubah menjadi lebih baik  dan mendalami agama Islam dengan lebih baik.Adapun rancangan tv yang berbentuk keagamaan ia mempunyai ciri ciri seperti memberi pengaruh yang baik kepada penonton dan pendengar seperti menggunakan bahasa yang sopan , tidak bercampur aduk dengan perkara maksiat yang dan mengandungi galakkan bagi perkara yang baik dan menjauhi mungkar. Rancangan keagamaan bercorakkan dakwah Islamiah penting dalam menarik perhatian penonton dan pendengar untuk menimba ilmu agama dari rancangan rancangan yang disediakan oleh TV AlHijrah,Astro oasis dan radio IKIM fm.

Comments